THE LEADER ![]() Salam ^^ / Faridatul Akmal / 18 y/o / Terengganu Busy Day |
Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016
Wednesday, December 16, 2015 • 6:12 AM • 0 comments Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016
Keputusan peperiksaan PT3 bagi tahun 2015 sudah pun diumumkan. Tahniah dan berjaya diucapkan kepada pelajar yang berjaya mencapai target masing-masing. Apa sekalipun, jangan mudah mengalah. Jadikan keputusan PT3 ini sebagai langkah permulaan untuk lebih berjaya pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nanti.
Ada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Ada yang setia dengan sekolah lama mereka. Kejayaan tidak mengira tempat kita belajar, asalkan diri sendiri punyai semangat dan bersungguh-sungguh dalami ilmu.
![]() Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Secara Online
Kepada pelajar yang berminat dengan pendidikan teknik dan vokasional, boleh mendaftar untuk kemasukan kolej vokasional dan sekolah menengah teknik ambilan Januari 2016.
Untuk memohon kolej vokasional dan sekolah menengah teknik secara online, sila klik pautan yang disediakan.
Di laman tersebut disediakan dengan pelbagai pautan seperti institusi dan kursus yang ditawarkan, syarat permohonan, carta alir permohonan, info kursus dan juga panduan permohonan.
Untuk makluman semua, tarikh akhir permohonan adalah pada 20 DISEMBER 2015, 11:59 PM.
Ramai rakan-rakan saya yang dahulunya belajar di sekolah teknik berjaya kecapi cita-cita mereka kini. Anda juga boleh ubah masa depan. Pilihan di tangan anda.
#Kepada lepasan PT3 , boleh laa isi borang .
#Sesiapa nak masuk Kolej Vokasional , tapi tak tahu result trial , boleh guna result sebenar . Jom join sama-sama . Subjek akademik ada 6 sahaja . Mudah sangat-ii exam dia . Tak payah tiru pun tak apa .
|
0 Comments:
Post a Comment